Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Arsenal gagal ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1996

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

220517-wenger.jpg
Arsenal gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak bersama Arsene Wenger pada tahun 1996.

Skuad Gunners menewaskan Everton 3-1 dalam aksi hari terakhir saingan liga musim ini di Stadium Emirates, namun ia tetap belum cukup untuk membantu mereka berada dalam kedudukan empat terbaik.

Kemenangan Manchester City 5-0 ke atas Watford dan kejayaan Liverpool menumbangkan Middlesbrough 3-0 membolehkan kedua-duanya meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan bagi mengiringi Tottenham Hotspur dan juara liga, Chelsea.

Sejumlah 75 mata yang diraih Arsenal masih belum mampu membawa mereka ke kelompok empat terbaik walaupun ia mencatat rekod jumlah mata terbanyak yang diraih pasukan di tangga kelima.

Kegagalan ini menyaksikan tekanan semakin meningkat buat Wenger selepas penyokong menuntut pembaharuan dalam pengurusan pasukan.

Wenger, bagaimanapun, mahu meletakkan fokus terhadap final Piala FA pada Sabtu ini sebelum memberi sebarang kata putus mengenai masa depannya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video