Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal dalam misi hapus badi di Anfield sejak 2012

mikel-arteta.jpg
Mikel Arteta berharap Arsenal mampu mengelak daripada terus dihantui badi di Anfield dengan memastikan kemenangan yang didambakan, secara tidak langsung mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Krismas ini. 

Pengurus The Gunners itu menyasarkan rekod tanpa dibolosi selepas acap kali bergelut di kubu keramat Liverpool tersebut.

Arsenal tidak pernah menang di Anfield sejak Arteta menjadi sebahagian daripada pasukan itu yang meraih kemenangan 2-0 pada September 2012.

Justeru, pengurus berbangsa Sepanyol tersebut sedar dengan cabaran untuk mendapatkan keputusan positif di Liverpool, apatah lagi dia pernah ke sana di samping musuh setempat, Everton, sebelum berkhidmat di Arsenal.

Kemenangan sudah cukup untuk mengekalkan kelab utara London itu di puncak sepanjang tempoh perayaan Krismas tetapi Arteta -- yang pernah memasang lagu 'You'll Never Walk Alone' di sekitar padang latihan ketika mempersiapkan anak buahnya menghadapi suasana di Anfield –- sedar ia tidak akan menjadi satu tugas mudah.

 

“Ia berbeza, sama sekali berbeza daripada Old Trafford,” katanya sebelum pertembungan di Anfield pada awal pagi esok. 

“Old Trafford juga mempunyai suasana yang indah dan bersejarah dan menjadi tempat sukar untuk dikunjungi. Terdapat beberapa gelanggang seumpama itu di negara ini. Emirates salah satu daripadanya juga.

"Apabila kami tidak berasa dalam situasi terbaik dan berasakan pihak lawan lebih menyerlah, maka kami  berasakan akan terus di dalam kitaran sukar ini. 

"Kami cuba mengatasi situasi seperti ini tetapi ia akan menjadi satu pembelajaran. Kami akan bertembung buat sekian kalinya dan ia tidak boleh berulang lagi."

Ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah sedemikian, Arteta berkata dia menuntut barisannya sendiri supaya meletakkan tuan rumah dalam situasi sukar. 

Advertisement

Must Watch Video