Arsenal dan Chelsea menyertai Tottenham dan Liverpool melakar sejarah di pentas Eropah buat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Spurs dan Liverpool masing-masing mengejutkan Ajax dan Barcelona minggu ini untuk melakar kebangkitan bagi melangkah ke final bulan depan di Madrid untuk merebut trofi UCL.
Aksi final Liga Europa (UEL) pula akan menyaksikan pertembungan kelab London selepas Chelsea dan Arsenal mengesahkan slot ke Baku, awal pagi tadi.
Chelsea memerlukan penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dengan Eintracht Frankfurt, dengan Eden Hazard menjaringkan sepakan penalti kemenangan selepas Kepa Arrizabalaga bertindak cemerlang menafikan dua sepakan lawan.
Arsenal memiliki jalan yang lebih mudah dengan hatrik yang disempurnakan oleh Pierre-Emerick Aubameyang untuk melakar kemenangan 4-2 ke atas Valencia dan 7-3 secara agregat.
Ini bermakna buat kali pertama dalam sejarah, keempat-empat kelab yang bakal beraksi dalam aksi final UCL dan UEL diwakili dari negara yang sama.