Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal belum putus harap layak ke UCL -- Arteta

arteta.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata Gunners menyasarkan kelompok empat terbaik bagi layak ke Liga Juara-Juara (UCL) berikutan kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Tottenham.

Sepakan penalti Alexandre Lacazette dalam separuh akhir masa kedua membantu Arsenal mengatasi Tottenham 2-1 semalam ketika Arteta meraikan kemenangan aksi EPL pertama ke atas Spurs sejak mengambil alih pasukan.

Rembatan rabona Erik Lamela Tottenham mendahului permainan dalam separuh masa pertama sebelum Martin Odegaard menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain tengah Tottenham, Lamela, daripada wira menjadi dalang -- dilayangkan kad merah pada minit ke-76 selepas Lacazette menyempurnakan kebangkitan 12 minit sebelum itu.

Arsenal di tangga ke-10 EPL -- 10 mata ketinggalan daripada kelompok empat terbaik dengan berbaki 10 perlawanan -- tetapi Arteta belum berputus asa untuk layak ke UCL.



"Sehingga secara matematik mustahil kami akan mempercayainya dan kami pasti akan mencubanya," kata Arteta.

"Kami tahu bahawa kami harus sangat konsisten, mempunyai peluang dalam dua atau tiga perlawanan terakhir.

"Tapi kita akan mencuban dan kami akan terus mencuba, perlawanan demi perlawanan."

Arsenal tidak beraksi dalam UCL sejak 2016-17 -- Gunners sekadar tampil dalam Liga Europa sejak empat musim lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video