Pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) B-20 itu telah membuat 41 penampilan bersama Rapids dan selepas ini Arsenal berhasrat meminjamkan pemain berusia 23 tahun tersebut kepada pesaing di Eropah sepanjang kempen 2022-23 demi perkembangan permainannya.
Perpindahan itu, yang dalam fasa akhir untuk disempurnakan tanpa memaklumkan yurannya, telah disahkan oleh Arsenal dan Colorado -– kedua-duanya dimiliki Stan Kroenke.
????????: Auston Trusty is set to join @Arsenal this summer.
— Colorado Rapids (@ColoradoRapids) January 31, 2022
From your entire #Rapids96 family, congratulations @austheboss3!
?: https://t.co/PXQzLac5Bq pic.twitter.com/c7ctIHM6e6
Trusty membuat 33 penampilan bersama Rapids pada musim lalu malah pertahanan tengah tinggi lampai itu telah melakar satu gol dan tiga bantuan jaringan.
Dia memainkan peranan untuk memastikan mereka mengharungi 12 perlawanan tanpa bolos, secara tidak langsung meletakkan Rapids di puncak Persidangan Barat, tetapi mereka dikecewakan oleh Portland Timbers dalam play-off Piala MLS.
Walaupun masih belum mewakili AS di peringkat senior, pertahanan kelahiran Pennsylvania itu merupakan sebahagian daripada senarai pemain untuk kem latihan di Phoenix, bulan ini.