Skip to main content

Bola Sepak

Arrizabalaga tebus insiden Wembley

kepa-arrizabalaga_.jpg
CHELSEA 1 FRANKFURT 1
(Chelsea menang 4-3 menerusi penentuan penalti)

Kepa Arrizabalaga menegaskan insiden Wembley dengan Maurizio Sarri sudah dilupakan selepas berjaya menebus dirinya dengan muncul wira Chelsea dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.


Dua sepakan penalti yang gagal disempurnakan pemain Eintracht Frankfurt, Martin Hinteregger dan Goncalo Paciencia, menghantar The Blues ke final UEL berdepan Arsenal di Baku.

Penampilan terakhir Chelsea di pentas final menyaksikan Arrizabalaga, yang kelihatan mengalami kecederaan, enggan mengikut arahan Sarri untuk digantikan dengan Willy Caballero.

Manchester City menang Piala EFL menerusi penentuan penalti, tetapi Kepa menafikan dua percubaan lawan sebelum membenarkan Eden Hazard menjaringkan sepakan penalti kemenangan di Stamford Bridge.

"Penalti memerlukan tuah, kami tewas dalam aksi final sebelum ini dan menang hari ini -- inilah bola sepak," katanya.

"Suasana stadium memihak kami, Chelsea berdepan lawan yang sukar dan saya gembira kerana berjaya meraih kemenangan.

"Kami bersedia untuk menghadapi semua perlawanan, semua penentuan penalti tetapi kami bertuah dalam perlawanan ini.

"Wembley adalah perkara yang lalu. Saya belajar daripadanya dan memohon maaf. Kami berusaha setiap hari dan berjaya membawa pasukan ke final di Baku," katanya.

Kedua-dua aksi final UEL dan Liga Juara-Juara (UCL) bakal menyaksikan empat kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam sejarah, dengan Liverpool dan Tottenham bakal bertembung di Madrid. 

"Berdepan Arsenal? Lawan yang sukar kerana ia pertembungan 'derby' London.

"Saya berasakan kami mengharungi musim yang sukar tetapi melangkah ke dua final. Layak ke UCL, ia musim yang baik."

Advertisement

Must Watch Video