Skip to main content

Bola Sepak

Arnautovic bakal turun berdepan United

marko-arnautovic_1.jpg
Marko Arnautovic telah dibenarkan untuk beraksi dan sekali lagi melonjakkan harapan West Ham untuk melakar kejutan ke atas Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Bintang Austria itu mengalami kecederaan lutut ketika mengatasi Everton 3-1 dan kehadirannya menjadi dambaan The Hammers ketika seri tanpa jaringan dengan Chelsea.

Kembali menyertai latihan pada Rabu lalu, dia dijangka berada dalam kesebelasan utama skuad Manuel Pellegrini itu untuk berdepan pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya pada musim panas lalu.

Arnautovic telah beraksi di bawah pimpinan Jose Mourinho di Inter dan sejak itu membentuk dirinya sebagai penyerang berkualiti untuk West Ham, meledak tiga gol dalam lima perlawanan musim ini.

"Arnautovic telah berlatih bersama pasukan sejak tiga hari lalu dan dijangka turun beraksi berdepan United," kata Pellegrini.

Pemain muda Hammers, Declan Rice, turut dilihat bakal menyertai Arnautovic dalam kesebelasan utama di Stadium London selepas cemerlang ketika berdepan Everton dan Chelsea.
 

Advertisement

Must Watch Video