Skip to main content

Bola Sepak

Arif Aiman 'role model' peserta Milo Championship League

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

junior.jpg
Tiga fasa perlawanan yang dipertandingkan setiap tahun menerusi Kids Championship League anjuran Milo memberi dimensi berbeza untuk pengalaman kanak-kanak.

Seiring dengan usia 8 ke 10 tahun sering terdedah dengan permainan gajet dan sebagainya, namun program anjuran minuman kegemaran rakyat Malaysia ini mampu memberi pilihan yang lebih sempurna untuk pembentukan seorang remaja berdaya saing sihat!

"Alhamdulillah, anak-anak mendapat pendedahan berharga daripada program seperti ini.

"Ia memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial, cara berkomunikasi dengan baik dan berpeluang mengenali kawan-kawan baharu.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat mengeluarkan peluh dan tidak tertumpu kepada gajet sahaja," kata salah seorang ibu peserta, Zuraini Salehudin.

"Saya meminat bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kerana memiliki kemahiran bola di kaki yang cantik," ujar peserta.

Dalam usaha untuk mencari pengganti terbaik bagi sukan bola sepak, ini adalah salah satu inisiatif yang cukup sempurna demi masa depan sukan nombor satu di hati rakyat Malaysia!

Advertisement

Must Watch Video