BOLA SEPAK MSIA
Arif Aiman pilih Akhyar Rashid, Safawi Rasid...
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, mencipta pemain terbaik pilihannya sendiri dengan mempunyai kelebihan daripada beberapa aspek mengikut versinya dalam kancah Liga Super 2024/25.
Untuk pemain terbaik dalam menggunakan kaki kanan adalah Bergson menjadi pilihannya, manakala penggunaan kaki kiri terbaik adalah Safawi Rasid.
Bagi pemain yang mempunyai stamina terbaik, Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak empat kali berturut-turut memilih kapten Harimau Malaya iaitu Matthew Davies.
Iklan
Malah, untuk aspek kepintaran pula, dia memilih Juan Muniz selain kelajuan yang menjadi milik Akhyar Rashid.
"Kaki kanan adalah Bergson, Safawi Rasid (Kaki Kiri). Stamina? Matthew Davies, IQ susah ini, Juan Muniz, kelajuan Akhyar Rashid." katanya.
Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu juga mencatatkan 13 bantuan jaringan selepas 24 perlawanan liga musim ini, selain menjaringkan gol kemenangan JDT dalam aksi Piala Malaysia 2024/25 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Must-Watch Video