Pengurus Argentina, Lionel Scaloni, mengakui sukar untuk mengetepikan pemain bagi skuad Copa America 2019 tetapi yakin dia telah memilih 23 nama terbaik buat pasukan kebangsaan negara itu.
Paulo Dybala telah dinamakan dalam skuad walaupun melalui musim suram bersama Juventus sambil penggempur Manchester City, Sergio Aguero, dipanggil buat kali pertama sejak saingan Piala Dunia tahun lalu.
Namun, tiada ruang buat penyerang Inter Milan, Mauro Icardi, selepas mengharungi musim kontroversi dalam saingan Serie A di mana dia diketepikan oleh pasukan dan dilucutkan jawatan kapten.
Sambil mengakui diselubungi perasaan ragu-ragu ketika melakukan pemilihan, Scaloni kini menegaskan pasukan kendaliannya, Argentina, kini berpeluang untuk menjuarai Copa America buat kali pertama sejak 1993.
"Kami percaya bahawa ini adalah pemain terbaik yang kami ada ketika ini," ujar Scaloni.
"Sesetengah pemain disingkirkan akibat kecederaan tetapi mereka sentiasa berada dalam pertimbangan.
"Apabila anda mempunyai begitu ramai pemain yang bagus untuk dipilih, sentiasa akan wujud keraguan. Sukar untuk menjelaskan semua perkara tetapi keputusan akhir adalah yang terbaik buat pasukan.
"Kami menerima hakikat apabila terpaksa melupakan khidmat pemain tetapi ia tidak mudah buat kami.
"Kami mahu mengenal pasti semua pemain dan diyakini mereka adalah yang terbaik. Kami jelas dengan keinginan dan tahu perancangan kami."
Argentina akan menentang Colombia, Paraguay dan Qatar dalam saingan peringkat kumpulan dan Scaloni menjangkakan cabaran sukar menanti mereka.
"Colombia adalah salah sebuah pasukan terkuat dalam Amerika Selatan, mereka mempunyai barisan pemain hebat," tambah Scaloni.
"Paraguay sangat kompetitif dan Qatar menjulang Piala Asia selepas beraksi cemerlang. Ia bakal menjadi kumpulan yang getir."