Thomas Tuchel menegaskan dia tidak pernah menjanjikan Alphonse Areola peranan utama berbanding Gianluigi Buffon di Paris Saint-Germain (PSG).
Areola, produk pemuda PSG, muncul sebagai benteng terakhir dalam kesebelasan utama musim lalu dengan membuat 34 penampilan Ligue 1 di bawah Unai Emery selain mendapat tempat dalam skuad juara Piala Dunia bersama Perancis.
Begitupun, Buffon, yang pada awalnya kelihatan bersedia untuk bersara, menyertai PSG dari Juventus secara percuma, sekali gus meletakkan kedudukan Areola dalam keraguan.
Tuchel berkata pada Isnin lalu bahawa beliau bercadang meletakkan Areola sebagai pilihan utama.
Namun, Tuchel berasakan keperluan untuk menjelaskan bahawa beliau berkata demikian sebelum perpindahan Buffon dan ketibaan pemain dari Itali itu "mengubah segala-galanya".
Bercakap kepada pemberita, Tuchel berkata: "Saya ingin menjelaskan apa yang saya katakan: Saya telah memberitahu Areola bahawa dia akan berada di kedudukan utama sebagai penjaga gol sebelum Buffon ditandatangani.
"Sementara itu, perjanjian dengan Gigi mengubah segala-galanya. Adalah penting untuk menjernihkan keadaan selepas saya memaklumkan kepada Areola bahawa dia adalah pilihan nombor satu.
"Sejak kedatangan Gigi, kami mempunyai situasi yang berbeza kerana Gigi adalah Gigi. Kami mesti bijak menguruskan keadaan ini," ujarnya.