Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, tetap berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Selangor United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, semalam.
"Memang kami memiliki beberapa peluang terbaik tetapi bagi saya, apa yang penting adalah mengutip tiga mata, tidak kisahlah dengan berapa gol sekalipun.
"Perlawanan malam ini juga bukanlah mudah, Selangor United memberikan saingan sangat sengit, namun saya bersyukur kerana menenanginya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal penyerang import, Rodoljub Paunovic, pada minit keenam sudah cukup untuk memastikan kemenangan Sabah bagi merampas semula tangga kedua daripada UiTM FC.
Jelius berkata, skuad Tambadau itu perlu terus fokus dalam aksi-aksi akan datang agar dapat mengumpulkan seberapa banyak mata dalam pusingan kedua Liga Perdana.
"Kedudukan kami ketika ini masih belum selesa dan jika tersilap langkah, pasukan-pasukan lain masih mampu memintas kami.
"Kami perlu terus bekerja keras dan terus memenangi perlawanan untuk mencapai sasaran utama layak ke Liga Super musim depan," katanya.
Sabah akan meneruskan saingan liga dengan dua aksi di gelanggang lawan, bermula dengan menentang UKM FC, 17 Mei ini, sebelum ke Pulau Pinang seminggu kemudian.