368 hari berlalu berikutan kecelakaan menimpa Faisal Halim yang disimbah asid pada 5 Mei tahun lalu.
Mengambil petikan dari laporan Stadium Astro yang bertarikh 7 Mei 2024, mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata, "Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan isterinya di bahagian kecemasan. Saya sempat berborak dengannya.
"Dia cakap 'Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini.' Dia menangis dengan keadaan dia pada ketika itu yang dalam kesakitan," katanya.
Menerusi sidang media hari ini, kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), demikian kata peguam pemain itu.
Menurut peguam, Nik Zarith Nik Moustapha, dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, menjelaskan satu surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk -- genap setahun bintang Harimau Malaya itu disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

“Kes ini sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut” peguam on kes simbah asid Faisal Halim. @ASTROARENA pic.twitter.com/XXTenWjHyI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 8, 2025