Skip to main content

Bola Sepak

Apa sahaja boleh berlaku dalam 'El Clasico', kata bekas kapten

real-madrid.jpg
Apa pun boleh berlaku ketika Real Madrid menyambut kunjungan Barcelona dalam pertembungan 'El Clasico', awal pagi Isnin ini, menurut Fernando Hierro.

Barca akan ke Santiago Bernabeu bagi perebutan di puncak LaLiga setelah memanfaatkan prestasi hambar Madrid yang diikat Celta Vigo selain tewas kepada Levante dalam dua perlawanan sebelumnya dengan kelebihan dua mata.

Berikutan kekalahan 1-2 dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) kepada Manchester City semalam, pasukan kendalian Zinedine Zidane itu kini hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir.

Sementara itu, prestasi semasa mencadangkan Barca mempunyai kelebihan, justeru Hierro -- juara lima trofi LaLiga dan tiga kali menjuarai UCL bersama Madrid -- percaya adalah mustahil untuk meramalkan hasil pertemuan berkenaan.

 
"Apa yang paling penting, berdasarkan perseteruan ini ialah keseronokan buat semua pihak: kelab, peminat. Ia juga memberikan anda rangsangan. Tetapi apa jua boleh berlaku dalam El Clasico kelak seperti yang kita pernah lihat," katanya melalui LaLiga.

"Kami tumpas kepada mereka ketika menjuarai LaLiga, kami kalah di laman sendiri setelah mengesahkan kejuaraan LaLiga. Kami juga menang di Barcelona tatkala tiada sesiapa yang memberi harapan kepada kami. Tiada jaminan dalam El Clasico.

"Kedudukan liga tidak penting; prestasi juga tidak penting. Tidak kira sama ada anda berada di kedudukan teratas atau jika anda merupakan juara LaLiga.

"Ini adalah perlawanan yang istimewa. Apa jua boleh berlaku dan ia sesuatu yang menarik."

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found