Skip to main content

Bola Sepak

Apa pencetus kemarahan Liverpool terhadap pasukan ke-15 liga?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

curtis-jones.jpg
Pertembungan terakhir aksi Merseyside derby di Goodison Park tidak mungkin lebih dramatik apabila Everton menyambar gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mencuri satu mata daripada Liverpool dalam keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Lima minit masa tambahan diberikan namun kecederaan yang dialami pemain di atas padang memaksa ia dilanjutkan hingga memberikan peluang buat James Tarkowski meledak gol mengatasi Alisson pada minit ke-98.

Ia mencetuskan suasana riuh-rendah menyaksikan penyokong Everton menceroboh padang untuk meraikannya bersama pemain. ran on to the pitch to celebrate with the players. 

Tidak mengejutkan, terdapat reaksi emosi daripada pemain pada sepenuh masa. Tetapi Abdoulaye Doucoure yang mencetuskan ketegangan pada penghujung permainan apabila dia berlari ke arah penyokong Liverpool untuk meraikannya.

Curtis Jones yang berang dengan tindakan pemain tengah Everton itu, hingga mencetus kekecohan sehingga pergaduhan melibatkan kedua-dua pasukan. Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Michael Oliver dalam penyudah dramatik derby.

Pegawai perlawanan terpaksa dipanggil untuk menenangkan pemain, sementara Arne Slot, yang berang kerana gol penyamaan Everton dibenarkan berdiri kerana dia berasakan terdapat kekasaran ke atas Ibrahima Konate, dilayangkan kad merah kerana sesuatu yang dia katakan kepada pengadil pada sepenuh masa.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video