Skip to main content

Bola Sepak

Aouar teruja dikaitkan dengan Guardiola

aouar-cropped_1v6erk4zmrs6q10fonszpcao3d.jpg
Bintang Lyon, Houssem Aouar, teruja untuk beraksi di bawah bimbingan pengendali Manchester City, Pep Guardiola, tetapi tidak akan tergesa-gesa meninggalkan kelab Ligue 1 itu.

Aouar, 21, yang baru sahaja menamatkan musim penuh kedua bersama skuad utama Lyon, hanya terlepas satu aksi liga tatkala Les Gones menduduki tangga ketiga liga tertinggi Perancis.

Pemain tengah itu telah membuktikan kemampuannya mengawal bola serta melakukan hantaran sehingga membuatkan beberapa kelab Eropah -- termasuk Liverpool, Manchester United, Barcelona dan Real Madrid -- berminat mendapatkannya.

Guardiola adalah antara individu yang begitu berminat terhadapnya, terutama setelah cemerlang ketika pertemuan dengan City dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Ditanya Canal Plus sama ada dia mahu mewakili city, Aouar berkata: "Anda tidak mahu sertai City?

"Ia adalah kelab hebat dan semua pemain teruja untuk beraksi bersama kelab terbesar Eropah, ditambah apabila diketuai oleh Guardiola yang boleh saya sifatkan sebagai rujukan pengurus.

"Guardiola telah melihat segalanya sebelum ini. Pasti hebat untuk beraksi bersama pasukannya dan apa yang saya suka adalah cara dia melihat bola sepak."

Namun, peminat Lyon tidak perlu terlalu gusar memandangkan Aouar tidak terdesak untuk berpindah, malah mahu mendapatkan lebih tanggungjawab bersama kelab yang membangunkannya.

"Saya masih miliki kontrak di Lyon," tambahnya.

"Saya mahu meninggalkan sejarah buat kelab ini. Selepas musim ini, arah baru akan wujud di bawah bimbingan pengendali baru, Sylvinho. Kami mahu duduk dan berbincang peranan yang boleh saya miliki. Saya sedia untuk peranan ketua taktikal.

"Saya merupakan ketua perancang di atas padang dan turut mengetuai bilik persalinan, jadi kami akan bincang. Keputusan akan dibuat bersama kelab."
 

Advertisement

Must Watch Video