Dua pemain baru Real Madrid, Eden Hazard dan Luka Jovic, akan bersaing sesama sendiri untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Liga Europa (UEL) 2018-19.
Hazard dan Jovic tersenarai sebagai tiga calon akhir di samping penyerang Chelsea, Olivier Giroud.
Pemain kebangsaan Belgium, Hazard, menjaringkan dua gol ketika membantu Chelsea menewaskan Arsenal 4-1 dalam final di Baku sebelum melengkapkan perpindahannya, yang dilaporkan bernilai €100 juta (RM468.2 juta), ke Madrid.
Rakan sepasukan barunya, Jovic, turut membintangi aksi cemerlang Eintracht Frankfurt, yang mara ke separuh akhir, dengan menghasilkan 10 gol daripada 14 penampilan.
Namun, kedua-dua pemain itu tidak dapat menandingi rekod jaringan Giroud dengan pemain kebangsaan Perancis itu mengetuai senarai penjaring terbanyak musim lalu dengan 11 gol -- termasuk gol pembukaan ke atas bekas pasukannya, Arsenal, dalam final -- selain turut melakukan lima bantuan jaringan.
Senarai tiga akhir itu dipilih berdasarkan penilaian jurulatih daripada 48 kelab yang bertanding di peringkat kumpulan musim lalu, di samping wartawan daripada kesemua 55 ahli gabungan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Pemenang akan diumumkan dalam majlis undian peringkat kumpulan musim 2019-20 di Monaco, 30 Ogos ini.