Virgil van Dijk meraih Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Pertahanan tengah Liverpool itu menewaskan kapten Barcelona, Lionel Messi, dan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, untuk meraih gelaran berkenaan.
Van Dijk tiba di Liverpool daripada Southampton selaku pertahanan termahal dunia dan membayar pelaburan itu dengan membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
"Saya perlu berterima kasih kepada semua rakan dan staf pasukan.
"Saya tidak akan dapat melakukan apa yang telah saya pamerkan sepanjang musim lalu (tanpa mereka).
"Sudah pasti keluarga saya juga.
"Ia perjalanan yang panjang tetapi ia sebahagian daripada pengembaraan saya dan siapa diri saya.
"Saya perlu bekerja keras dalam setiap langkah yang dilakukan.
"Ia sebahagian daripada diri saya dan saya gembira mengenainya.
"Saya berbangga untuk memperoleh trofi ini dan pujian perlu diberikan buat setiap individu yang membantu saya ke tahap ini," katanya.
Pemain kebangsaan Belanda itu menjadi pilihan utama untuk meraih Anugerah Ballon d'Or tahun ini, yang tidak pernah diraih pemain pertahanan sejak kapten Itali, Fabio Cannavaro, melakukannya pada 2006 -- selepas membantu Azzuri menjulang Piala Dunia.
Pemenang bagi kategori wanita pula ialah pertahanan kanan England, Lucy Bronze, yang menewaskan rakan sepasukannya di Lyon, Ada Hegerberg and Amandine Henry.
UEFA turut mengiktiraf pemain terbaik bagi setiap posisi dalam kategori lelaki, dengan Van Dijk juga dinobatkan sebagai pertahanan terbaik.
Pemain tengah terbaik tahunan pula disandang Frenkie de Jong susulan prestasinya ketika membantu Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara manakala Messi dianugerahkan gelaran penyerang terbaik tahunan.
Rakan sepasukan Van Dijk di Liverpool, Alisson, turut meraih anugerah sebagai penjaga gol terbaik tahunan dengan The Reds diundi untuk berdepan Napoli, Salzburg dan Genk dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.