Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan lima pemain Liverpool disenarai pendek bagi Anugerah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018-19.
Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur dalam final UCL dan penjaga golnya, Alisson, pertahanan, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk, Jordan Henderson (tengah) dan Sadio Mane (penyerang) antara nama yang akan bersaing untuk merebut anugerah bagi posisi masing-masing.
Tottenham juga memiliki wakil menerusi penjaga gol, Hugo Lloris, dan pemain tengah, Christian Eriksen.
Bintang utama Barcelona, Messi, yang merupakan penjaring terbanyak musim lalu dengan 12 gol, akan bersaing dengan Mane dan seterunya, Ronaldo, bagi merebut anugerah kategori penyerang.
Pemain tengah, Frenkie de Jong, dan pertahanan, Matthijs de Light -- masing-masing kini bersama Barca dan Juventus -- juga tercalon selepas memaparkan aksi cemerlang yang membantu Ajax ke separuh akhir.
Anugerah itu akan disampaikan dalam majlis undian peringkat kumpulan musim 2019-20 di Monaco, 29 Ogos ini.
Juri yang memilih senarai pendek itu terdiri daripada jurulatih 32 kelab yang bertanding di peringkat kumpulan musim lalu dan wartawan daripada setiap 55 ahli gabungan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
SENARAI PENUH CALON:
Penjaga gol: Alisson (Liverpool), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona).
Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Matthijs de Ligt (Ajax), Virgil van Dijk (Liverpool).
Pemain tengah: Frenkie de Jong (Ajax), Christian Eriksen (Tottenham), Jordan Henderson (Liverpool).
Penyerang: Sadio Mane (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Juventus).