Chelsea mendominasi tiga gelaran dalam Majlis Anugerah Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antaranbangsa (FIFA) yang diadakan awal pagi tadi.
Tatkala Robert Lewandowski dan Alexia Putellas, yang memenangi Ballon d'Or wanita tahun lalu, masing-masing membawa pulang trofi Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik, barisan The Blues pula menggondol anugerah menerusi Thomas Tuchel, Emma Hayes dan Edouard Mendy.
Tuchel, membimbing kelab yang berpangkalan di London itu menjulang kejayaan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, dinobatkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik sementara Hayes dinamakan Jurulatih Wanita Terbaik.
Pasukan bimbingan Hayes itu memenangi Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL) Wanita pada 2020-21 selain turut menamatkan saingan UCL Wanita sebagai naib juara selepas dikecewakan Barcelona yang dibintangi Putellas.
Mendy pula memenangi Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik. Bagaimanapun, namanya tidak terpilih dalam Kesebelasan Terbaik Lelaki apabila tonggak Itali dan Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma, lebih diutamakan.
Kejayaan Tuchel itu juga bermakna pengurus Jerman mengungguli anugerah itu sejak tiga tahun terakhir selepas Jurgen Klopp melakukannya pada 2020 dan 2019.
Pasukan kebangsaan Denmark pula memenangi Anugerah Fair Play atas tindakan mereka membantu menyelamatkan nyawa Christian Eriksen selepas pemain tengah itu rebah di atas padang dalam perlawanan Euro 2020 di Copenhagen.
Erik Lamela memenangi Anugerah Puskas selepas melakukan penyudah rabona dalam pertemuan 'derby' London utara.
Dalam masa sama, Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Khas atas pencapaian kerjayanya.
Senarai pemenang Anugerah FIFA:
Robert Lewandowski (Pemain Lelaki Terbaik)
Thomas Tuchel (Jurulatih Lelaki Terbaik)
Edouard Mendy (Penjaga Gol Lelaki Terbaik)
Alexia Putellas (Pemain Wanita Terbaik)
Emma Hayes (Jurulatih Wanita Terbaik)
Christiane Endler (Penjaga Gol Wanita Terbaik)
Denmark (Anugerah Fair Play FIFA)
Erik Lamela (Anugerah Puskas)
Penyokong Denmark dan Finland (Anugerah Penyokong Terbaik FIFA)
Cristiano Ronaldo (Anugerah Khas FIFA)
Christine Sinclair (Anugerah Khas FIFA)

It is a great honor and pleasure to receive the title of FIFA The Best Men's Player ?
— Robert Lewandowski (@lewy_official) January 17, 2022
Thank you for your votes and your support ?#TheBest @FIFAWorldCup @FIFAcom pic.twitter.com/GdLwawCNK8