Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Anugerah penjaring terbanyak beri makna besar buat Aubameyang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

21517pierre-emerick-aubameyang2.jpg
Pierre-Emerick Aubameyang gembira meraih Anugerah Torjagerkanone atau penjaring terbanyak selepas menjaringkan dua gol ketika Borussia Dortmund menewaskan Werder Bremen  4-3 dalam aksi Bundesliga, semalam.

Aubameyang memulakan hari terakhir musim ini dengan satu gol di belakang pendahulu, Robert Lewandowski (30 gol), tetapi pemain Bayern Munich itu gagal menemui sasaran ketika menang 4-1 ke atas Freiburg di laman sendiri.

Pemain antarabangsa Gabon itu meletakkan Dortmund 2-1 di Signal Iduna Park menerusi sepakan voli menakjubkan daripada hantaran Ousmane Dembele, kemudian menyempurnakan sepakan penalti lewat untuk menghadiahkan mata penuh buat pasukannya.

Aubameyang mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang membantunya dalam memastikan jumlah 31 gol liga, mengatasi penyerang lain dalam Bundesliga musim ini.

"Torjagerkanone begitu bermakna kepada saya," kata Aubameyang. "Ia adalah satu usaha yang besar -- yang dibuat oleh seluruh pasukan.

"Saya berterima kasih kepada semua: barisan kejurulatihan, rakan pemain dan semua yang bekerja untuk kelab. Ia sungguh hebat."

Aubameyang juga menyamai rekod kelab yang dilakukan Lothar Emmerich yang menjulang Torjagerkanone untuk Dortmund pada musim 1965/66 dan 1966/67.

Kemenangan semalam memastikan Dortmund menduduki tangga ketiga dalam Bundesliga, di belakang juara, Bayern, dan RB Leipzig dengan penjaga gol, Roman Burki, lega kerana mereka menempah kelayakan automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

"Kami benar-benar gembira dengan kemenangan ini," kata Burki. "Ia adalah sangat penting untuk kami bermain dalam Liga Juara-Juara. Bukan sahaja supaya kami dapat mengekalkan pemain di sini tetapi juga untuk menarik potensi pemain baru.

"Kami mencapai sasaran kami. Jika anda ingin menjadi pasukan terbaik, maka anda perlu memenangi perlawanan di tempat anda. Kami tidak tewas di tempat sendiri selama dua tahun. Itu agak menarik."

 

Advertisement

Must Watch Video