Skip to main content

Bola Sepak

Anugerah FIFA: Lionel Messi pertahan mahkota pemain terbaik dunia atasi Haaland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Bintang Argentina, Lionel Messi, mempertahankan gelaran Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2023 selepas mengetepikan pencabar terdekatnya, yang juga penyerang utama antarabangsa Norway dan Manchester City, Erling Haaland.

Ketika ramai peminat dan pemerhati bola sepak dunia melihat Haaland sebagai calon utama merangkul anugerah berkenaan, Messi terus unggul dengan gelaran ketiga peribadinya selepas edisi 2019 dan 2022.

Anugerah kali ini hanya meliputi tempoh selepas Messi menjulang Argentina menjuarai Piala Dunia bermula Disember 2022 hingga Ogos 2023.

Pemenang Ballon d'Or lapan kali itu turut membantu gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), menjuarai liga sebelum beralih angin menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami, pada Jun tahun lalu.

Kehadiran Messi membantu kelab yang dimiliki David Beckham itu memenangi trofi pertama dengan menjuarai Piala Liga pada Ogos 2023.

Senarai pemenang:

-Anugerah Pemain Terbaik Lelaki: Lionel Messi (Inter Miami)

-Anugerah Pemain Terbaik Wanita: Aitana Bonmati (Barcelona)

-Ketua Jurulatih Tahunan Lelaki Terbaik: Pep Guardiola (Manchester City)

-Ketua Jurulatih Tahunan Wanita Terbaik: Sarina Wiegman (England)

-Penjaga Gol Tahunan Lelaki Terbaik: Ederson (Manchester City)

-Penjaga Gol Tahunan Wanita Terbaik: Ederson (Manchester United)

- Anugerah FIFA Fair Play: Skuad Lelaki Brazil

- Anugerah Puskas: Guilherme Madruga (Botafogo-SP)


"Bola Sepak","Anugerah FIFA","Lionel Messi","Erling Haaland"

Advertisement

Must Watch Video