Skip to main content

Sukan

Cub Prix: Aksi malam bersejarah yang cukup sengit! Photo finish diperlukan

ass
Advertisement

 

Seperti yang diharapkan, perlumbaan malam yang pertama dalam penganjuran saingan Petronas MAM Cub Prix Malaysia berjaya membawakan kehangatan yang tidak terhingga!

Advertisement

Ada kategori yang dinobatkan juara keseluruhan, manakala satu lagi menyaksikan 'photo finish' di garis penamat CP125, sebentar tadi!

Itulah cerita persaingan antara Emil Idzhar dan Raiyan Khardanee untuk menjuarai CP125 Pusingan Keenam Cub Prix Malaysia di Litar LYL International Karting, Sg Long, tersebut yang hanya mampu menyelitkan seorang pemenang di podium tengah.

Advertisement

Kedua-dua pelumba tersebut memburu podium tengah buat kali pertama musim ini, dengan keputusan terbaik Emil dicatat dalam pusingan kelima setelah menamatkan saingan dengan 16 mata.

Dalam masa sama, keputusan terbaik Raiyan menerusi pusingan ketiga selepas membawa pulang 11 mata.

Di litar LYL itu juga, Emil mendahului perlumbaan dalam pusingan ketiga, tapi dihambat Raiyan sepanjang perlumbaan hingga henjutan terakhir dibuat lawan untuk melintasi garis penamat terlebih dahulu!

Kemenangan menjadi milik Raiyan apabila dibezakan 0.197 saat oleh Emil.

Ahmad Iqram Danish melengkapkan kedudukan podium bagi pusingan ini, apabila ketinggalan sebanyak 0.938 saat di belakang juara.

Aksi kategori Wira pula menyaksikan tunggangan mantap dipamerkan oleh pelumba daripada Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Ahmad Malek Ridha.

 

 

 

Malek yang memulakan perlumbaan di petak pertama diberikan saingan sengit oleh tiga pelumba kelompok hadapan termasuk rakan sepasukan, Nuzzul Adam Md Sudin yang memburu kejuaraan musim, selain Md Akid Md Shah Kheirul Nisiam.

10 pusingan yang dilalui nyata menyaksikan pendahulu perlumbaan sering bertukar tangan antara tiga pelumba tersebut dalam pusingan pertama itu.

Namun, memasuki enam pusingan terakhir nyata dikuasai sepenuhnya oleh Malek yang tenang mengetuai saingan hingga ke garisan penamat untuk menjuarai perlumbaan pusingan keenam ini..

Nuzzul Ady menamatkan saingan di tempat kedua, sekali gus dinobatkan juara keseluruhan musim ini apabila mengumpul jumlah 130 mata dan, tidak mampu dipintas oleh mana-mana pelumba dalam baki dua pusingan lagi.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video