Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Kedah Eagles, Bomba Fighters mara ke separuh akhir

kk
Advertisement

Kedah Eagles dan Bomba Fighters meneruskan kemaraan ke separuh akhir CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Divisyen 1 2026 selepas masing-masing mencatat kemenangan straight set dalam aksi suku akhir di Akademi Sepaktakraw Malaysia, hari ini.

Kedah Eagles terlebih dahulu mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik apabila menewaskan Malaysian University Knights 2-0 menerusi keputusan 15-13, 15-6.

Advertisement

Kemenangan itu menyaksikan Kedah bangkit mempamerkan aksi lebih meyakinkan pada set kedua selepas terpaksa bekerja keras untuk mengatasi tentangan lawan dalam set pembukaan.

Gandingan Hapeesorn Hnahno selaku apit kanan, Amar Roslan di posisi tekong dan kapten pasukan, Zulhusni Basri, di apit kiri memainkan peranan penting dalam usaha Kedah memastikan kemenangan.

Advertisement

Kedah Eagles kini bakal berdepan Terengganu Eagles dalam aksi separuh akhir bagi merebut tiket ke final.

Sementara itu, Bomba Fighters turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Pahang Mammoth 2-0 dengan keputusan 15-11, 15-10.

Bomba mempamerkan permainan lebih tersusun untuk mengatasi Pahang, sekali gus menamatkan cabaran pasukan itu dalam saingan Divisyen 1 musim ini.

Kemenangan tersebut pastinya cukup bermakna buat Bomba Fighters yang kini semakin hampir merealisasikan hasrat untuk merebut tempat ke STL Premier.

Pahang Mammoth sebelum ini dilihat antara pasukan pilihan untuk kembali beraksi dalam STL Premier, namun kekalahan di peringkat suku akhir menyaksikan impian mereka tidak kesampaian musim ini.

 

 

 

 

Bomba Fighters kini dijadualkan bertemu Sabah Mountaineers dalam satu lagi aksi separuh akhir yang dijangka sengit, selepas Sabah terlebih dahulu menempah tempat menerusi kemenangan 2-0 ke atas Putrajaya Cyborg.

Dengan empat pasukan kini mengesahkan kemaraan, perhatian beralih kepada aksi separuh akhir yang bakal menentukan dua pasukan terbaik untuk berentap di pentas final STL 2026 Divisyen 1 dan menempah tiket ke STL Premier 2026.

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video