Perak dapat berasakan angin perubahan dalam pasukan itu berikutan kehadiran Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Da Costa Morais (Careca).
Keyakinan itu disuarakan pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, selepas menyaksikan kedua-dua pemain itu menjalani latihan ketiga, semalam.
"Berdasarkan aksi dalam latihan, kedua-dua pemain memang baik.
"Careca, terutamanya, bagus dengan kedua-dua belah kakinya.
"Saya berharap apa yang saya lihat semasa sesi latihan ini akan menjadi realiti semasa perlawanan, terutama apabila kami turun bertemu PKNP FC dalam suku akhir kedua Piala FA, malam esok," katanya.
Ronaldo menggantikan Gilmar Jose Da Silva Filho selaku peledak utama manakala Careca mengambil alih posisi Wunder Luiz Biten Court Junior selaku pemain tengah menyerang.
Menurut Adly, dia turut mendapatkan pandangan daripada beberapa pemain Perak dan mereka menyifatkan pembelian kedua-dua pemain itu sebagai pelaburan yang baik.
Pengurus itu berkata kedua-dua pemain berkenaan pasti akan mengubah nasib pasukan itu daripada terus menjadi "pakar seri".
"Kami perlu menang perlawanan ini bagi mengikis imej pakar seri yang melekat kuat kepada pasukan," katanya.
Adly berharap Perak mampu meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala FA tetapi mengingatkan pemain skuad Yob itu supaya tidak memandang mudah kemampuan PKNP FC.
"PKNP sudah menunjukkan apa yang mereka mampu buat dalam perlawanan pertama dan jika pemain Perak bersikap sambil lewa, kami mungkin menerima padah," ujarnya.