Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, mahu skuad Tambadau menganggap aksi bertemu UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, malam esok sebagai perlawanan akhir yang mempertaruhkan trofi Liga Perdana.
Walaupun masih berbaki tiga perlawanan, kemenangan malam esok sudah cukup untuk Sabah meraih gelaran juara, sekali gus menamatkan kemarau 23 tahun pasukan itu tanpa trofi.
"Pertemuan dengan JDT II (Johor Darul Ta'zim II) di Pasir Gudang, Jumaat lalu, umpama perlawanan akhir bagi menentukan tempat ke Liga Super dan kami akhirnya menang, seterusnya menamatkan penantian tujuh tahun pasukan Sabah untuk kembali ke saingan utama bola sepak negara.
"Menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam esok juga umpama satu lagi perlawanan akhir dan kami mahu memenanginya untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Peter berkata pemain perlu memberikan persembahan terbaik dengan berjuang habis-habisan untuk memburu kemenangan, seperti mana yang dipamerkan dalam aksi bertemu JDT II lalu.
"Kelebihan kini memihak kepada kami dengan memiliki tiga peluang daripada baki tiga perlawanan untuk merangkul gelaran juara dan kami tentunya mahu memanfaatkan peluang ini, terutama dengan pasukan kini di tahap terbaik serta begitu bersemangat.
"Kami akan beraksi tanpa tiga pemain utama termasuk dua import tetapi saya yakin sesiapapun yang diturunkan mampu menggalas tugas yang diberikan dan saya juga percaya barisan jurulatih sudah ada perancangan terbaik untuk menyelesaikan misi esok," katanya.
Dalam aksi esok, skuad Tambadau akan turun tanpa tiga tonggak utama, iaitu dua pemain import, Park Taesu dan Ahmet Atayev, selain Randy Baruh Samson selepas kesemua mereka digantung perlawanan gara-gara jumlah kad kuning yang dikumpul.
Selain perlawanan di antara Sabah dan UiTM FC, aksi Negeri Sembilan bertemu JDT II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi juga mencuri perhatian penyokong Sabah kerana sekiranya JDT II kecundang, maka secara automatiknya Sabah akan bergelar juara walau apapun kesudahan di Shah Alam.
"Saya juga merayu kepada penyokong Tambadau, terutama yang ada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, untuk datang beramai-ramai memberi sokongan moral kepada pasukan sebagaimana diberikan mereka di Pasir Gudang," katanya lagi.