Angel Di Maria secara rasmi menyertai Juventus secara percuma sebaik kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas tujuh musim dalam Ligue 1 berakhir.
Pemain berusia 34 tahun itu telah memenangi kejuaraan liga bersama Benfica, Real Madrid dan PSG apabila meledak 14 gol selain 21 bantuan gol dalam tujuh kempen Liga Juara-Juara (UCL) bersama gergasi Perancis berkenaan.
Sepanjang dekad lalu, dia telah menghasilkan 131 bantuan jaringan dalam lima liga utama Eropah untuk mengekori Thomas Muller (149) dan Lionel Messi (174).
Dalam temu bual pertama Di Maria sebagai pemain Juventus, dia berkata kehadirannya ke kelab bersejarah itu adalah sesuatu yang pernah diimpikannya.
“Ini memberi bermakna segala-galanya kerana saya pernah berada di setiap negara dalam pasukan terbaik, dan saya merindui Itali,” katanya.
“Pasukan terbaik di Itali ialah Juve, ia adalah kelab terbesar dan saya sangat teruja, sangat tidak sabar untuk datang.
“Saya tahu tahun lalu Juve gagal mengecapi Scudetto mahupun Coppa d’Italia. Saya fikir motivasi untuk datang dan dapat mencapai segala-galanya bersama Juve adalah sesuatu yang sangat bagus dan itulah sebabnya saya bersetuju.
"Bagi saya ia adalah langkah baru dalam kerjaya sejak saya berkata ya, saya melihatnya pada hari pertama, semua orang di sini adalah seperti sebuah keluarga, sepanjang masa menjaga saya. Ia membuatkan saya sangat gembira. "
Apabila ditanya apa yang boleh dia janjikan kepada penyokong Juventus, Di Maria menjamin bahawa keinginannya untuk menang tidak akan boleh dipertikaikan.
“Saya rasa satu-satunya perkara yang boleh saya janjikan kepada peminat ialah usaha saya,” katanya.
“Pengorbanan saya, mentaliti mahu menang dan dapat mencapai sebanyak mungkin gelaran.
"Saya akan sentiasa mencurahkan segala kudrat di atas padang seperti yang sering saya lakukan. Itu tidak akan pernah kurang.
"Mudah-mudahan kami mampu memenangi semua kejuaraan dan kami semua akan sangat gembira."
Dalam satu kenyataan pertama Juventus terhadap pembelian bintang Argentina itu, mereka menggelarnya seorang penyerang bertaraf dunia yang bukan sahaja mampu menjaringkan gol yang luar biasa, tetapi juga mampu menyelaraskan seluruh barisan hadapan untuk mencipta umpanan berkualiti kepada rakan sepasukan.
"Dia adalah Angel Di Maria. Dan dia adalah pemain Juventus."

Your new Argentine’s autograph to sign off the day! ??✍️#WelcomeAngel pic.twitter.com/Jb2jZLU3yS
— JuventusFC (@juventusfcen) July 8, 2022