Andy Robertson mengakui Liverpool tidak berada dalam perlumbaan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menderita kekalahan 0-1 kepada Brighton & Hove Albion di kandang sendiri.
Gol sulung EPL daripada Steven Alzate dalam separuh masa kedua, awal pagi tadi, juga memisahkan Seagulls dari zon penyingkiran.
Kejayaan pertama Brighton ke atas The Reds sejak Januari 1984 menyebabkan juara bertahan itu ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City, yang merakamkan kemenangan ke-13 sebelum bertandang ke Anfield, tengah malam Isnin depan.
Tuan rumah jelas kurang bersemangat apabila membuat satu percubaan tepat untuk kemarau gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut sebagai tuan rumah buat julung kalinya sejak Oktober 1984, iaitu ketika dikemudi Joe Fagan.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu sebelum ini tumbang 0-1 kepada Burnley di tempat lawan selepas cemerlang tanpa kalah dalam 68 perlawanan EPL di Anfield.
Lantas, pertahanan kiri itu mengakui Brighton sememangnya berhak untuk merangkul mata penuh dan sedar Liverpool harus bertindak balas ketika menghadapi The Citizens, hujung minggu ini.
Dia berkata kepada BT Sport: "Pasukan yang lebih baik mencipta kemenangan. Brighton lebih baik dalam hampir segenap aspek. Mereka menekan kami, memenangi bola dan mencipta peluang.
"Separuh masa pertama tiada apa-apa, ini adalah satu perlawanan di mana anda dapat berasakan bahawa gol tunggal sudah memadai untuk memenangi perlawanan ini.
"Dalam tiga perlawanan terakhir di kandang sendiri, kami benar-benar mengecewakan dan kami harus mengulanginya, prestasi kami jauh meleset.
"Brighton meletakkan empat bek tengah dan kesemuanya cemerlang, sebaliknya kami mengecewakan. Kami tidak mencari jalan untuk menang."

1984 - Liverpool have failed to score in three consecutive home league games for the first time since October 1984, with the Reds’ goalless run at Anfield currently standing at 348 minutes. Bereft. pic.twitter.com/10UTHWSqfa
— OptaJoe (@OptaJoe) February 3, 2021