Bintang Vessel Kobe, Andres Iniesta, mengakui masih perlu mendapatkan rawatan kemurungan yang dihadapinya sekian lama.
Pemain berusia 38 tahun itu membuka mulut bahawa dia bertarung dengan kesihatan mental di sebalik kariernya memuncak di Barcelona yang menyaksikannya melengkapkan tiga kejuaraan utama tetapi kecederaan mula menghantuinya sepanjang musim 2009-10.
"Apabila saya melawan kemurungan, masa terbaik sepanjang hari bagi saya adalah apabila saya menelan pil dan tidur. Saya hilang keinginan untuk hidup. Saya memeluk isteri saya, tetapi ia seperti memeluk bantal. Saya tidak rasa apa-apa," katanya kepada The Wild Project.
Malah, pemenang Piala Dunia itu menyifatkan tahap kesihatan mental adalah lebih sukar diatasi berbanding kecederaan fizikal.
"Saya masih menjalani terapi kerana saya perlu memperbaiki keadaan dengan diri sendiri. Saya mahu mendengar pandangan profesional yang bercakap tentang penyakit mental dan kemurungan.
"Dari masa ke masa, kehidupan mengajar anda bahawa kemurungan dan penyakit mental boleh menjejaskan sesiapa sahaja.
"Ia bukan mengenai material yang saya boleh memiliki seperti mana-mana kereta di dunia ini dan segala kehendak, sebaliknya untuk menghadapi masalah kehidupan masih sukar.”