Pemain import kelahiran Indonesia, Andik Vermansyah, menuntut rakan sepasukan supaya melupakan apa yang terjadi dalam Liga Super, sebaliknya memberi tumpuan penuh dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.
Katanya, Kedah wajib memenangi perlawanan pertama di gelanggang sendiri untuk memberi lebih keyakinan mengharungi saingan Kumpulan C yang turut disertai Johor Darul Ta'zim (JDT) dan MISC-MIFA FC.
"Cukup perit apabila kami gagal beraksi baik dalam lima aksi terakhir liga. Akibatnya, Kedah di tangga keenam dan perlu menjadikan pentas Piala Malaysia sebagai medan terbaik menebus kekecewaan.
"Kami patut lupakan apa yang telah berlaku dan mulakan aksi pertama Piala Malaysia dengan langkah kanan. Tambahan pula, beraksi di gelanggang dan di depan penyokong sendiri," katanya.
Ditanya kekuatan skuad The Red Warriors (TRW), Andik menganggap ia satu perlawanan yang sukar biarpun lawan dibarisi pemain muda yang kurang berpengalaman.
"Jangan pandang mudah kemampuan pemain muda Kelantan kerana mereka telah membuktikan kemampuan layak ke saingan Piala Malaysia dengan menumpaskan Pahang, baru-baru ini.
"Mereka (TRW) juga pernah kalahkan kami di Darulaman dalam aksi Liga Super dan itu menjadi alasan terbaik untuk kami tidak mengambil mudah," katanya.
Biarpun telah turun menjalani latihan bersama skuad Hijau Kuning, Andik menyerahkan peluangnya untuk bermain dalam kesebelasan utama kepada ketua jurulatih, Mohd Nidzam Adha Yusof.
"Saya telah pulih sepenuhnya dan tidak sabar untuk beraksi menentang Kelantan, malam ini.
"Apapun, terserah kepada jurulatih (Nidzam) untuk percaturan strategi," katanya.