Skip to main content

Bola Sepak

Andik: Jumpa JDT perlu ada mentaliti juara

andik.jpg
Pemain import kelahiran Indonesia, Andik Vermansyah, mahukan rakan sepasukan melupakan kekecewaan terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, sebaliknya turun dengan mentaliti juara apabila menentang juara bertahan,  Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam aksi kedua Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Kedah perlu mengambil kesempatan di atas kekalahan mengejut Harimau Selatan iu kepada MISC-MIFA 2-1 dalam aksi pembukaan di laman sendiri, minggu lalu

"Memang kecewa apabila diikat tanpa jaringan oleh Kelantan di gelanggang sendiri.

"Kami menguasai keseluruhan permainan tetapi gagal untuk mendapatkan jaringan. Sepatutnya, kami mendapat tiga mata penuh.

"Jumpa JDT, kami perlu fokus dan bermain dengan mentaliti juara. Kalau ada semangat itu, pasti kita tidak takut berjumpa dengan mana-mana pasukan. Mereka kalah mengejut dengan MISC-MIFA dan sudah pasti ingin bangkit mencari kemenangan di depan penyokong sendiri," katanya.

Ditanya kekuatan skuad JDT,  Andik menganggap skuad kendalian Raul Longhi itu cukup berpengalaman dan hebat dalam semua aspek sambil mengakui prestasinya sendiri masih belum berada di tahap terbaik selepas pulih daripada kecederaan harmstring.

"Mereka (JDT) memiliki barisan pemain tempatan dan import yang terbaik dalam Liga Malaysia.

"Saya bermain hampir 50 minit menentang Kelantan dan semakin yakin selepas sebulan berehat akibat kecederaan.

"Insya-allah, kami janji tidak akan bazirkan peluang untuk jaringkan gol dan tentu menarik jika dapat kalahkan JDT di sana," tambahnya.

Untuk rekod, skuad Lang Merah berada di tangga kedua Kumpulan C dengan satu mata manakala JDT tercorot tanpa mata.


Kredit Foto: Ahmad Aki

Advertisement

Must Watch Video