Carlo Ancelotti menegaskan dia tidak kecewa selepas laporan media menyatakan Napoli terlepas khidmat pemain Lille, Nicolas Pepe, ke Arsenal.
Pemain Ivory Coast, Pepe, menjaringkan 22 gol dalam Ligue 1 musim lalu, sekali gus menjadi buruan utama dalam bola sepak Perancis.
Dia dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar Eropah, termasuk Manchester United, Liverpool, Bayern Munich and Paris Saint-Germain (PSG).
Napoli dan Arsenal tampak mendahului pemburuan itu tetapi spekulasi sejak dua hari lalu menyaksikan The Gunners telah melengkapkan perjanjian bernilai GBP72 juta (RM367 juta).
Selepas menewaskan Liverpool 3-0 dalam aksi persahabatan semalam, pengendali Napoli, Ancelotti, menerima bahawa pasukannya telah terlepas penggempur itu.
"Saya tidak suka bercakap mengenai pemain daripada pasukan lain tetapi saya tidak kecewa," katanya.
"Kami memiliki beberapa pemain seperti Allan, Kalidou Koulibaly dan Fabian Ruiz yang masih bercuti. Kami pastinya akan mencari pemain baru.
"Jendela perpindahan masih panjang. Kami akan cuba mendapatkan nama baru. Jika ada peluang, kami akan menggunakan kesempatan itu," ujarnya lagi.