Carlo Ancelotti mengesahkan Casemiro semakin hampir berpindah ke Manchester United berikutan keinginan pemain tengah Real Madrid itu mengintai cabaran baru.
Tersebar berita hari ini bahawa The Red Devils yakin mampu memancing pemain berusia 30 tahun itu yang menjadi tonggak utama di bahagian tengah Madrid dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bayaran dalam lingkungan £51 juta (RM269.8j) telah dipersetujui untuk khidmat pemain antarabangsa Brazil itu dengan bonus tambahan yang menyaksikan perjanjian berkenaan boleh mencecah £59.4j (RM314.3j).
Casemiro tetap berlatih bersama kelab LaLiga itu menjelang perlawanan LaLiga menentang Celta Vigo tetapi dalam sidang akhbar pra-perlawanannya, Ancelotti mengesahkan perpindahan tersebut sedang dirunding.
Dia berkata: "Kami sempat bercakap pagi ini, dia mahu mencuba cabaran baru, peluang baru. Saya faham perkara ini, kelab juga melakukannya.
“Atas sumbangan yang pernah dicapainya bersama kelab ini, keinginannya dan segala usaha yang pernah dilakukan terhadap pasukan ini, kita perlu menghormati perkara ini.
"Terdapat rundingan di antara kelab, dia masih merupakan pemain Real Madrid tetapi nampaknya dia kini sudah bersedia untuk berpindah. Jika dia angkat kaki sekalipun, kami masih mempunyai banyak sumber untuk menggantikannya."
Ditanya sama ada dia cuba mempengaruhi keputusan Casemiro agar berhijrah, Ancelotti menjawab: "Tidak.
"Saya sentiasa banyak bercakap dengannya sejak kembali ke Real Madrid. Saya hanya cuba merealisasikan hasratnya, saya rasa tiada jalan berpatah balik. Inilah yang dimahukannya.

“Jika semuanya berjalan lancar, rundingannya berjalan lancar, kami hanya perlu mendoakan yang terbaik buatnya.
"Bagaimanapun, sukar untuk bercakap kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam beberapa jam akan datang sama ada dia kekal atau pergi tetapi jika dia pergi, kami akan sentiasa berterima kasih kepadanya kerana dia mrupakan pemain yang hebat bersama kami."
Walaupun Ancelotti sedar Madrid bakal kehilangan pemain utama, dia tidak percaya hala tuju Los Blancos musim ini akan berubah.
Sekiranya perpindahannya ke Old Trafford diteruskan pada hujung minggu ini, Casemiro berpeluang membuat penampilan pertamanya di United menentang musuh ketat Liverpool, Selasa depan, walaupun dia masih perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengatur proses visanya.
United tewas dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tumbang 1-2 kepada Brighton & Hove Albion di tempat sendiri sebelum mengalami kekalahan memalukan 0-4 kepada Brentford.