Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti: Rodriguez, Icardi miliki kualiti tersendiri

james-icardi.jpg
Pengendali Napoli, Carlo Ancelotti, berpandangan pemain sasaran pasukan itu, James Rodriguez dan Mauro Icardi, memiliki kualiti yang bersesuaian dengan taktikalnya.

Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis, mengesahkan Ancelotti mahu bekerjasama semula dengan pemain kebangsaan Colombia, Rodriguez.

Masa depan bintang itu tidak memiliki sebarang kepastian apabila tawaran pinjamannya ke Bayern Munich berakhir dan kelab itu tidak menandatanganinya secara tetap.

"Saya sangat mengenali Rodriguez dan dia memiliki kualiti yang tersendiri.

"Malangnya, dia masih lagi bukan pemain Napoli. Buat masa ini, kami masih tidak tahu sama ada pemain itu akan menyertai kami ataupun sebaliknya.

"Kita akan membincangkan tentang dirinya sebaik dia menjadi pemain Napoli. Sama seperti pemain-pemain lain," katanya.

Napoli turut dikaitkan mahu mendapatkan penyerang Inter, Icardi, selepas dia tidak lagi berada dalam perancangan pengendali baru pasukan, Antonio Conte.

Mereka dilaporkan telah menawarkan kontrak kepada penyerang Argentina itu, yang turut dikaitkan dengan Juventus.

"Icardi seorang penyerang yang berbisa. Dia memiliki semangat tinggi setiap kali turun beraksi."

Ancelotti turut membincangkan mengenai gandingan pertahanan di antara Kalidou Koulibaly dan Kostas Manolas selepas Raul Albiol menamatkan tempoh enam tahun di San Paolo untuk kembali ke Sepanyol bersama Villarreal.

"Saya dan seluruh komuniti Napoli berterima kasih atas khidmat Albiol. Dia seorang pemain yang profesional dan seorang yang bakal dirindui kelab. Tetapi salah seorang pertahanan berkualiti sudah tiba.

"Manolas seorang pertahanan yang bagus dan dia bakal digandingkan dengan Koulibaly. Mereka membenarkan kami bermain dengan lebih agresif."

Advertisement

Must Watch Video