Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti puji persembahan terakhir Alonso, Lahm

21517lahmalonso.jpg
Pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti, memuji Xabi Alonso dan Philipp Lahm yang mengakhiri musim ini dengan persaraan di samping meraih kejayaan menjulang kejuaraan Bundesliga.

Skuad bimbingan Ancelotti menewaskan Freiburg 4-1 semalam untuk menyaksikan Alonso dan Lahm menamatkan karier mereka dengan cemerlang di Allianz Arena.

Pengurus kelahiran Itali itu memuji gandingan tersebut dan mengganggap mereka sebagai legenda dalam era bola sepak moden.

"Kami bermain dengan baik dan menutup musim ini dengan cemerlang," kata Ancelotti.

"Ia merupakan hari yang penuh emosi buat Alonso, Lahm dan setiap individu. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemain ini.

"Mereka mengharungi musim yang menakjubkan, mereka memiliki karier yang sangat bagus tetapi kini kami sedang berusaha untuk mendapatkan pengganti."

Jaringan yang dicetak oleh Arjen Robben, Arturo Vidal, Franck Ribery dan Joshua Kimmich memberikan jaminan Bayern mengakhiri musim ini dengan kemenangan besar.

Advertisement

Must Watch Video