Carlo Ancelotti mendakwa pemain-pemain Napoli memiliki masalah sikap selepas mereka tewas 3-0 kepada Sampdoria dalam saingan Serie A.
Naib juara musim lalu telah mempamerkan permulaan yang mantap dengan menewaskan Lazio dan AC Milan.
Tetapi mereka bangkit selepas ketinggalan dalam kedua-dua perlawanan dan ia gagal dilakukan selepas dua jaringan Gregoire Defrel dan satu gol daripada Fabio Quagliarella menyaksikan Napoli tewas buat kali pertama musim ini.
"Kami mengharungi permulaan yang sama seperti dua aksi sebelum ini. Tetapi kami berjaya bangkit untuk meraih kemenangan," katanya.
"Kami bermain dengan intensiti yang tinggi dalam separuh masa kedua untuk mengejar permainan selepas longlai dalam babak pertama.
"Kami tidak perlu mengubah taktikal, cuma perlu bertahan dengan lebih baik. Kami perlu lebih berhati-hati, terutama di awal permainan.
"Napoli yang beraksi tanpa tonggak utama seperti Marek Hamsik dan Jose Callejon mungkin adalah punca gagal memberikan yang terbaik," katanya.
Napoli akan kembali beraksi di laman sendiri berdepan Fiorentina selepas berakhir aksi perlawanan antarabangsa.
Pemenang Liga Juara-Juara (UCL) tiga kali, Ancelotti, kembali bertugas buat kali pertama sejak dipecat oleh Bayern Munich, September lalu.