Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti mahu bantu Napoli akhiri kemarau 28 tahun

carloancelotti.jpg
Carlo Ancelotti berharap gelaran yang dijulang seluruh Eropah akan membantu Napoli mengambil langkah seterusnya untuk menamatkan kemarau 28 tahun untuk memenangi Scudetto.

Napoli telah menamatkan saingan Serie A dalam kelompok lima pasukan terbaik sejak lapan musim lalu dan kini menjadi pencabar utama Juventus sejak tiga musim lalu.

Sepanjang musim 2017-18, Partenopei merupakan pasukan pilihan untuk muncul juara Itali tetapi Juve sekali lagi membuktikan terlalu kuat dan berjuang untuk menjulang gelaran Serie A buat kali ketujuh berturut-turut.

Napoli hanya ketinggalan empat mata kepada Juve dan Ancelotti -– yang menggantikan Maurizio Sarri pada Mei lalu -- berharap kejayaannya sebelum ini akan membantu merapatkan lagi jurang bersama Juve selepas ini.

"Saya berharap dapat membantu Napoli menjuarai Serie A," kata Ancelotti.

"Skuad ini memiliki kualiti dan masih berusaha untuk berada di kemuncak.

"Saya berharap pengalaman yang dimiliki akan membantu mereka melakukan langkah terakhir."

Napoli membuka saingan musim 2018-19 dengan kemenangan 2-1 ke atas Lazio dan berdepan AC Milan dalam aksi pertama mereka di laman sendiri menyaksikan Ancelotti akan berdepan bekas anak didiknya, Gennaro Gattuso.

"Gattuso masih memiliki perwatakan yang sama. Anda dapat melihat daripada gaya permainan pasukan. Fokus, tersusun, mantap dan agresif. Sama seperti Gattuso sebagai pemain.

"Saya menjangkakan beliau akan menjadi seorang jurulatih."

Advertisement

Must Watch Video