Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, telah berhubung dengan Carlo Ancelotti beberapa kali menjelang pertemuan berdepan Napoli dalam Serie A.
Milan berdepan tugas sukar untuk perlawanan pembukaan apabila berkunjung ke Stadio San Paolo selepas aksi minggu lalu berdepan Genoa ditunda.
Gattuso beraksi di bawah kendalian Ancelotti bersama Milan dari 2001 hingga 2009 dan memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL).
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, saya telah bercakap dengan Ancelotti semalam.
"Saya memiliki hubungan yang baik dengan beliau. Beliau adalah lebih daripada seorang jurulatih kepada saya. Saya akan menghubunginya ketika menghadapi kesukaran. Saya banyak
menerima pengalaman dan ilmu daripadanya.
"Media mengatakan kami memiliki perwatakan yang berbeza tetapi Ancelotti merupakan seorang pejuang ketika berdepan pemain bola sepak. Orang terakhir yang akan menyerah kalah.
"Sebagai jurulatih, beliau memiliki persamaan dengan Nereo Rocco (bekas pengendali Milan). Beliau akan bercakap dengan pemain-pemain selepas setiap sesi latihan."
Napoli menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Juventus dalam Serie A sejak dua musim lalu dan Ancelotti memulakan saingan dengan kemenangan 2-1 ke atas Lazio.
Gattuso menyedari Antonio Conte telah dikaitkan dengan jawatannya bersama Milan sebelum musim bermula dan telah ditanya sama ada mereka akan bersaing untuk merebut Scudetto.
Beliau mencadangkan keseimbangan yang dibawa Anceloti ke San Siro adalah sesuatu yang diperlukan mereka buat masa ini.
"Adakah kami pencabar takhta liga? Saya berasakan perjalanan kami masih panjang.
"Sasaran kami adalah memperbaiki kedudukan musim lalu dan berusaha untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik."