Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti kasihankan Vinicius Junior jadi mangsa terjahan

vinicius.jpg
Carlo Ancelotti menggesa pengadil supaya mempamerkan keadilan sewajarnya bagi menghalang pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior, daripada menjadi sasaran lawan yang bertindak agresif.

Malah, pemain berusia 22 tahun itu turut menerima layanan buruk dalam kalangan penyokong lawan.

Vinicius telah terlibat dalam 18 gol (10 gol, lapan bantuan jaringan) dalam satu lagi kempen menariknya dalam LaLiga, tetapi bintang Brazil itu berulang kali menerima layanan keras daripada pertahanan lawan.

Pemain sayap itu kembali menjadi tumpuan dalam kekalahan 2-4 di Girona, Rabu lalu, apabila dia dilayangkan kad merah kerana reaksi marahnya selepas Santiago Bueno secara agresif menendang bola ke arahnya.

Vinicius telah menerima 113 kekasaran -- angka tertinggi -- dalam LaLiga musim ini sementara tonggak Rayo Vallecano, Isi Palazon, di tempat kedua dengan 87 terjahan.

"Kami prihatin terhadap pemain kami dan satu-satunya cara untuk mengekalkan pemain ini ialah keadilan. 

"Hanya ini sahaja yang mampu mengelak kecederaan daripada berlaku.

 


"Memang benar bahawa Vinicius mengalami banyak terjahan keras. Pada masa lalu ada pemain lain yang mengalami nasib yang sama seperti Diego Maradona dan Pele yang turut banyak menderita daripada terjahan. 

"Kami sangat bertuah kerana Vinicius mempunyai fizikal yang kuat dan mampu berdepan dengannya. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Terdapat dua topik -- satu di atas padang dan satu lagi di luar padang. 

"Satu daripadanya iaitu di luar (perkauman), tidak baik untuk masyarakat. Masyarakat moden tidak boleh berkelakuan seperti itu."

 

Advertisement

Must Watch Video