Skip to main content

Bola Sepak

Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pele.jpg
Anak perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya dengan  satu kiriman gambar bergerak di media sosial.

Pele, 82 tahun, bertarung dengan kanser usus sejak lebih setahun lalu dan mula dimasukkan ke hospital bulan lalu.

Mesej sokongan diterima legenda bola sepak dan juara dunia tiga kali itu dari segenap benua, termasuk daripada bintang utama Brazil ketika ini, Neymar.

Anak perempuan Pele, Kely Nascimento, memberikan perkembangan terkini mengenai kesihatan bapanya dari semasa ke semasa di hospital dan dia mengirimkan satu gambar bergerak malam tadi.

Dalam satu kiriman Instagram, dia berkata: "Kami terus berada di sini, dengan perjuangan dan dengan kepercayaan. Satu malam lagi untuk kami bersama."

Dia sebelum ini turut mengesahkan bahawa Pele akan tinggal di hospital sepanjang tempoh perayaan Krismas tahun ini  dengan berkata: "Kami memutuskan dengan doktor bahawa, atas banyak sebab, adalah yang terbaik untuk kami tinggal di sini, dengan semua penjagaan yang diberikan oleh keluarga baru kami di Einstein."
 

Advertisement

Must Watch Video