Skip to main content

Bola Sepak

Anak Messi sumbat 11 gol berita palsu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thiago-messi.jpg
Sensasi Thiago Messi yang meledak 11 gol rupa-rupanya hanyalah berita palsu. 

Semalam, tular anak kepada bekas bintang Barcelona, Lionel Messi, itu muncul hero kelab Amerika Syarikat (AS) itu dalam kemenangan 12-0 Piala MLS NEXT B-13, sekali gus membayangkan potensinya meneruskan legasi bapanya. 

Malah, nama seorang lagi penjaring, Diego Luna Jr, didapati tidak wujud di kelab itu. 

Thiago membuat kemunculan pertamanya bersama Inter Miami B-13 ketika menghadapi Newell's Old Boys di kampung halamannya, Rosario pada November lalu. 

Hujung bulan lalu, anak Cristiano Ronaldo turut menjadi tajuk utama minggu ini selepas menyumbangkan tujuh gol ketika membelasah Al-Hilal dalam aksi di peringkat remaja Liga Pro Saudi. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video