Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Anak jurulatih skuad Indonesia buat hal, londeh seluar pemain lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kluivert-(1).jpg
Situasi panas menyaksikan bintang Bournemouth, Justin Kluivert, melucutkan seluar pemain Crystal Palace, Ismaila Sarr dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung semalam. 

Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Bournemouth dan Palace berdepan kesukaran memecah kebuntuan di Selhurst Park.

Situasi panas perlawanan bertambah hangat apabila Chris Richards diarah keluar padang menerusi keputusan pengadil penuh kontroversi.

Ia berlarutan apabila aksi memasuki separuh masa kedua apabila Kluivert dan Sarr bertembung sejurus aksi bersambung.

Pemain sayap The Cherries berang dengan terjahan Sarr, yang berusaha untuk memenangi bola.

Pertengkaran mereka berterusan apabila Kluivert bangun sebelum dia menarik seluar pendek Sarr, membuatkan pemain itu terkejut dengan tindakannya.

Sarr terpinga-pinga dengan insiden itu ketika dia berpaling kepada pengadil, Samuel Barrott.

Pegawai itu memberi amaran kepada kedua-duanya, dengan tujuh pemain secara keseluruhan dilayand kad sepanjang perlawanan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video