Pandangan Thomas Tuchel mengenai bola sepak pernah diubah Ralf Rangnick, justeru dia tidak sabar-sabar lagi untuk menentang seorang pengurus yang pernah bekerja di sampingnya, Ralph Hasenhuttl.
Chelsea menuju ke Southampton hari ini dan kedua-dua pengurus itu akan bertembung dengan Hasenhuttl yang pernah mengukir reputasi di RB Leipzig sambil Rangnick bertindak sebagai pengarah bola sepak di Red Bull Arena.
Tuchel merupakan pertahanan di Ulm yang dikemudi Rangnick pada 1997 dan 1998 sebelum kariernya berakhir awal kerana kecederaan lutut, dua tahun kemudian mengikutinya sebagai barisan jurulatih muda di Stuttgart.
Rangnick meraih pujian kerana merevolusikan bola sepak Jerman dengan memperkenalkan gaya serangan balas yang ampuh dan mantap yang kini diamalkan secara meluas.
"Saya pernah menjadi pemain kepada Ralf Rangnick. Saya mewakili kelab divisyen ketiga dan kedua dan Ralf menyedarkan saya bahawa dia tidak perlu mengekori penyerang hingga ke tandas," kata Tuchel kepada media.
"Dia menjadikan pasukan divisyen tiga lebih mantap menerusi taktik baru, empat pemain bek tidak merantai pemain lawan sebaliknya bertahan di ruang formasi 4-4-2 atau 4-5-1.
"Itu membawa perubahan besar kepada cara saya membaca permainan selepas pengalaman saya dengan Ralf itu. Ia berbeza kerana saya mempunyai pandangan yang sama sekali berlainan tentang apa yang sedang berlaku."
Menurutnya lagi: "Ralf memainkan pengaruhnya di Leipzig ketika bekerjasama dengan Ralph.
"Terdapat ramai pengurus yang telah dipengaruhi oleh falsafah ini, tetapi saya benar-benar percaya bahawa setiap orang harus mencari gayanya yang tersendiri, setiap orang harus mempunyai idea sendiri. Anda harus menjadi diri sendiri. Anda tidak boleh meniru sesiapa pun.
"Jalan yang diharungi Ralph sangat mengagumkan. Dia menempuhi musim yang sangat baik di Ingolstadt, sangat berjaya di Leipzig dan kini memberi impak besar dengan corak permainan agresifnya di Southampton.
"Ini adalah satu tentangan yang perlu kami hadapi. Saya tidak dapat memberi anda alasan mengapa ia semakin menjadi ikutan, terlalu banyak soalan yang diasak kepada saya ketika ini."
Tuchel belum tewas dalam enam perlawanan sejak mengambil alih The Blues apabila menang lima kali berturut-turut sejak seri 0-0 dengan Wolves dalam kendalian pertamanya.
Beliau berhasrat memberi peluang kepada semua anak buahnya untuk mempamerkan kebolehan termasuk Olivier Giroud -- kontraknya akan tamat hujung musim ini -- yang turut menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United, Isnin lalu.
Namun, dia menegaskan masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana kemampuan keupayaan anak-anak buahnya.

The top 5 goals against Southampton... 5 things of beauty ? pic.twitter.com/61T9SemBZi
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 19, 2021
Menurutnya lagi: "Ralf memainkan pengaruhnya di Leipzig ketika bekerjasama dengan Ralph.
"Terdapat ramai pengurus yang telah dipengaruhi oleh falsafah ini, tetapi saya benar-benar percaya bahawa setiap orang harus mencari gayanya yang tersendiri, setiap orang harus mempunyai idea sendiri. Anda harus menjadi diri sendiri. Anda tidak boleh meniru sesiapa pun.
"Jalan yang diharungi Ralph sangat mengagumkan. Dia menempuhi musim yang sangat baik di Ingolstadt, sangat berjaya di Leipzig dan kini memberi impak besar dengan corak permainan agresifnya di Southampton.
"Ini adalah satu tentangan yang perlu kami hadapi. Saya tidak dapat memberi anda alasan mengapa ia semakin menjadi ikutan, terlalu banyak soalan yang diasak kepada saya ketika ini."
#Revierderby, #DerbyDiMilano and more are coming up!
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) February 19, 2021
Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/jEX2v3YMa8