MARIBOR 0 RANGERS 0
(Rangers mara dengan agregat 3-1)
Rangers cuma selangkah lagi untuk mencapai peringkat kumpulan Liga Europa selepas seri tanpa jaringan dengan Maribor dalam aksi kelayakan pusingan ketiga awal pagi tadi, seterusnya mara dengan agregat 3-1.
Dibantu kemenangan di laman sendiri minggu lalu, wakil dari Scotland itu hanya memerlukan seri untuk mara dan mencapai kejayaan itu dengan hanya insiden penalti Maribor pada lewat permainan sedikit menggugat mereka untuk menempah pertemuan dengan kelab Russia, Ufa.
Prestasi mengagumkan penjaga gol veteran, Allan McGregor, memastikan mereka berada di landasan tepat, termasuk kecemerlangannya menafikan sepakan penalti Marcos Tavares.
Pelawat dipaksa berkubu dalam tempoh 25 minit pertama, namun tiada sebarang kejadian besar berlaku.
Bendera ofsaid menyelamatkan Alfredo Morelos daripada menanggung malu selepas dia melepaskan tandukan liar susulan hantaran lintang James Tavernier ketika Rangers mencipta peluang dalam aksi sengit itu.
Peluang itu hadir setelah McGregor cekap menyelamatkan gawangnya dalam babak pertama apabila pemain berusia 36 tahun itu menafikan peluang Amir Dervisevic sebelum menyekat percubaan lemah Blaz Vrhovec.
Bekas tonggak Hull City itu kembali diuji pada 20 minit terakhir permainan apabila cemerlang menyekat percubaan jarak dekat Tavares.
Penyerang Maribor itu dikecewakan sekali lagi pada masa kecederaan ketika meraih penalti.
Anak buah Gerrard hanya perlu memastikan tidak dibolosi untuk berdepan halangan terakhir ke peringkat kumpulan selepas kali terakhir beraksi dalam kancah Eropah sejak kempen Liga Juara-Juara (UCL) 2010-11.