Skip to main content

Bola Sepak

Anak buah Berizzo ke separuh akhir buat julung kalinya

celta-vigo-210417.jpg
GENK 1 CELTA VIGO 1 
(Celta mara dengan agregat 4-3)

Eduardo Berizzo yakin kerjasama dalam skuad Celta Vigo akan menjadikan mereka sebuah pasukan yang digeruni di peringkat separuh akhir Liga Europa.


Celta turun dalam pertemuan kedua menentang Genk pada awal pagi ini dengan kelebihan agregat 3-2 dan mengukuhkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Pione Sisto.

Leandro Trossard kemudian merapatkan jurang buat wakil Belgium itu dalam tempoh empat minit, namun mereka gagal memburu gol yang diperlukan untuk mara menerusi peraturan gol di tempat lawan. 

Untuk itu, Celta akan menyertai Ajax, Manchester United dan Olympique Lyonnais dalam undian separuh akhir, hari ini, dan Berizzo menegaskan mereka adalah ancaman kepada mana-mana pasukan. 

"Kami amat gembira untuk pemain dan pasukan. Mereka berhak dengan pencapaian ini," kata jurulatih kelahiran Argentina itu kepada beIN Sport.

"Mereka beraksi seperti dalam perlawanan akhir dan memainkan watak garang. 

"Setiap perlawanan menjadikan kami lebih kuat atau menemui apa yang kami mampu.

"Kami percaya bahawa kami boleh mengalahkan sesiapa sahaja. Kami semua sangat serasi. 

"Kami akan menjadi lawan yang sukar dan berbahaya kepada sesiapa sahaja."


 

Advertisement

Must Watch Video