Skip to main content

Bola Sepak

Anak Bojan Hodak miliki ciri wakil Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojanhodak.jpg
Anak ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, sedang menimba pengalaman bersama akademi kelab NK Trnje di Croatia.

Luka Jordy Hodak yang berusia 17 tahun difahamkan berdarah Malaysia hasil kacukan ibunya yang berasal dari Pulau Pinang. 

Menurut sumber Harimau Abroad di X, Jordy Hodak dilahirkan di Damansara, Kuala Lumpur.

Perkara ini turut mendapat liputan portal antarabangsa, ESPN, yang melaporkan bahawa pemain muda itu mempunyai latar belakang dengan Malaysia. 

Dengan ciri-ciri yang dimiliki, Jordy Hodak boleh mewakili pasukan kebangsaan, Harimau Malaya, pada masa akan datang.

 

Nama Bojak Hodak bukanlah asing memandangkan menceburi industri bola sepak negara sejak 2006. 

Antara kegemilangan yang ditempanya ialah mengendalikan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia juga meraih kejuaraan treble bersama Kelantan (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) dan membawa Kuala Lumpur City ke pentas Asia pada 2021.
 
Harimau Malaya Jersey

Inspirasi Generasi Baru

Gaya harimau, semangat harimau – jersey Harimau Malaya.


? Lihat Jersi

Advertisement

Must Watch Video