Skip to main content

Bola Sepak

Amri: Saya nak bantu Selangor

amri-yahyah.jpg
Penyerang veteran kebangsaan, Amri Yahyah, menyifatkan kepulangannya ke Selangor adalah untuk membantu gergasi merah kuning itu mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan Liga Super.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United  ini tampak gembira untuk kembali bersama pasukan negeri kelahirannya.

Amri turut menyifatkan kepulangannya adalah berkat doa keluarganya yang mahu menyaksikan dia kembali menyarung jersi Selangor.

"Syukur saya dapat kembali ke Selangor, ia hasil daripada doa keluarga dan semua penyokong Selangor," kata Amri.

"Saya berharap dapat membantu Selangor kembali merebut kejuaraan, terutama mendapatkan semula Piala Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, pengendali Selangor, P. Maniam dan kapten pasukan, Razman Roslan, turut menyambut baik kepulangan pemain berusia 36 tahun itu.

Bagi mereka, Amri mampu memberi impak positif buat Selangor mengharungi baki saingan musim ini.

"Amri adalah seorang pemain yang begitu berpengalaman, dia pasti akan membantu pasukan ke peringkat yang lebih tinggi," jelas Maniam.

"Apa yang saya nampak, pemain-pemain sangat teruja apabila mendapat tahu berita kepulangan Amri, dan mereka amat mengalu-alukannya," kata Razman.

Advertisement

Must Watch Video