Skip to main content

Bola Sepak

Amri mahu bawa Selangor ke peringkat lebih tinggi

amri-yahyah.jpg
"Saya harap kepulangan saya ke Selangor mampu membantu pasukan meningkatkan lagi prestasi ke tahap lebih tinggi," itu reaksi penyerang veteran kebangsaan, Amri Yahyah, mengenai kepulangan ke pasukan negeri kelahirannya semalam.

"Syukur Alhamdulilah, saya diterima semula oleh pasukan. Ini semua hasil doa ahli keluarga dan barisan penyokong.

"Saya berharap kepulangan saya dapat memantapkan lagi pasukan," ujar Amri.

Pemain berusia 36 tahun itu berharap kepulangannya dapat memberi impak positif, terutama menjelang aksi Piala Malaysia. 

"Saya harap dapat membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Pada masa sama, saya harap kami akan mendakap kembali Piala Malaysia di samping menduduki kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super."

Sementara itu, Amri berkata tiada isu berkenaan dengan siapa lebih wajar memakai lilitan kapten tatkala kapten sedia ada, Razman Roslan, meluahkan bahawa dia tidak berdepan masalah untuk menyerahkan tugas itu kepada Amri.

"Bagi saya, lilitan kapten bukan satu masalah, Razman lebih berhak untuk menjadi ketua," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video