EPL
Amorim yakin Bruno Fernandes tak 'angkat kaki'
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, berasa yakin Bruno Fernandes tidak akan meninggalkan pasukannya susulan terdapat khabar angin mengenai perpindahan pemain itu dari Old Trafford.
Terdapat laporan bahawa pasukan dari Liga Pro Saudi iaitu Al-Hilal sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain berusia 30 tahun itu selepas melalui musim yang mengecewakan bersama The Red Dervils.
Champions š š pic.twitter.com/yN14cvnLS3ā Bruno (Fernandes) (@B__Fernandes_8) May 25, 2024
Iklan
Al-Hilal turut menyimpan hasrat untuk menoktahkan perjanjian itu dalam tempoh dua minggu akan datang menjelang saingan Piala Dunia Kelab yang akan bermula di Amerika Syarikat pada 14 Jun depan nanti.
Untuk rekod, dia telah mencatatkan 37 pneglibatan gol (19 gol, 18 bantuan jaringan) merentasi semua pertandingan, dengan United sekadar menduduki tempat ke-15 dalam kempen Liga Perdana inggeris (EPL) musim ini.
"Saya tidak fikir begitu, tiada siapa yang tahu tetapi saya berasakan tidak. Dia melihat kami mengambil tindakan untuk mengubah keadaan dan saya rasa dia mahu kekal.
"Dia mengatakan tidak kepada banyak perkara, tetapi dia memilih untuk menang. Dia benar-benar muda, dia sangat bagus dan dia perlu berada dalam saingan liga terbaik dunia." katanya.
Malah, Ketika ditanya sama ada Manchester United akan menolak tawaran lumayan Al-Hilal, Amorim mengatakan: "Ya, kami boleh mencari cara lain untuk dapatkan wang." ujarnya.
Must-Watch Video