PIALA FA
Amarah Deulofeu bantu Watford ke final -- Gracia
WATFORD 3 WOLVERHAMPTON 2
Pengendali The Hornets, Javi Gracia, berpandangan impak Gerard Deulofeu dalam membantu Watford meraih kemenangan 3-2 dalam aksi separuh akhir Piala FA ke atas Wolves semalam didorong perasaan amarahnya.
Deulofeu meledak gol kedua untuk pasukan dalam masa tambahan sebagai menyempurnakan kebangkitan di Wembley untuk menempah slot final berdepan Manchester City bulan
depan.
Iklan
Jaringan daripada Matt Doherty dan Raul Jimenez membenarkan Wolves mendahului 2-0 sebelum bekas pemain sayap Barcelona itu -- dibawa masuk sebagai pemain gantian dalam masa separuh kedua -- mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-79.
Kapten Watford, Troy Deeney, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Deulofeu menyingkirkan Wolves dalam masa tambahan.
"Saya dapat berasakan dia turun beraksi dengan perasaan marah," kata Gracia.
"Tetapi saya gemar melihat pemain-pemain saya sebegini, mereka melepaskannya di atas padang dengan cara yang betul. Deulofeu membantu pasukan dengan menjaringkan dua gol yang penting buat Watford.
"Jaringan pertamanya sangat berkualiti tetapi saya tidak terkejut kerana dia kerap melakukannya dalam sesi latihan.
"Saya berasakan dia berang kerana mahu beraksi dalam separuh akhir. Kehadirannya sebagai pemain gantian membantu kami melangkah ke final."
Must-Watch Video